Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Guru –guru dan staf yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT, segala puji hanya bagi Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Guru –guru dan staf yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT, segala puji hanya bagi Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
| |
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2018” . Semoga kedatangan tahun baharu 2018 membawa keceriaan dan semangat kerja sepasukan yang lebih mantap kepada warga SEMAJU.
Sebagai peneraju kepimpinan SEMAJU saya berpuas hati dengan usaha dan anisiatif yang dicapai oleh semua warga SEMAJU bagi meneruskan visi dan misi yang telah dipersetujui bersama.Hal ini sejajar dengan prinsip “ Be SMART” yang dijadikan budaya kerja SEMAJU. Kejayaan mengamalkan Budaya Kerja Kelas Pertama bukan sahaja dapat melahirkan golongan pendidik yang berdedikasi tetapi juga memberi impak yang amat besar kepada keberhasilan seseorang guru.
Kerajaan telah mengambil langkah menggubal PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Guru-guru diharapkan dapat melakukan perubahan dalam aspek pendekatan pembelajaran murid dan memasukkan elemen-elemen KBAT dalam pembelajaran bagi mempersiapkan murid-murid untuk menghadapi keperluan abad ke-21.
Akhir kata, saya yakin semua warga SAM Paya Jaras (SEMAJU) akan memberi komitmen sepenuhnya kepada bidang dan tugasan masing-masing. Penghargaan yang tinggi juga diberikan kepada Jawatankuasa Penyediaan Buku Panduan pengurusan Sekolah Dan Takwim 2018 yang berjaya menyediakan buku ini sebagai rujukan seluruh warga SEMAJU. Sekian, Terima Kasih
”Seseorang belum gagal ketika ia jatuh dan kalah, melainkan ketika ia menyatakan berhenti bertindak.”
Terima kasih , terima kasih, terima kasih cikgu, terima kasih semua...
AZLINA BINTI EMAM BUHARI (mamalyna)
Pengetua
SAM PAYA JARAS
|
PERSIARAN ELMINA 47000 Sungai Buloh, Selangor KOD SEK : BFT8001 TEL: 0360384237 FAX: 03 603857234 sampayajaras8001@gmail.com
Pengetua
-
1. Tatatertib 1.1 Tatatertib Am 1.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan mana- man...
-
PERUTUSAN PENGETUA Assalamualaikum wrt.wbt. Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Guru –guru dan staf yang d...
-
Pertandingan Mengimarah Musalla ASISS Peringkat ke 2 Pertandingan mengimarah Surau Peringkat ke 2 telah diadakan pada hari Rabu 10 Janu...