Menu Utama


1. Tatatertib

1.1   Tatatertib Am


1.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan mana-  mana peraturan yang                 dikeluarkan oleh sekolah dari semasa ke semasa.
1.1.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Kementerian  Pelajaran, Jabatan Pelajaran            dan dari mana-mana pihak berwajib yang ada hubungan dengan   pihak sekolah
1.1.3 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati guru-guru,kakitangan sekolah,pemimpin-  pemimpin pelajar,pengawas            dan menghormati sesama sendiri.
1.1.4 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan yang boleh dianggap sebagai ingkar perintah   sekolah,guru-guru,pengawas atau           mana-mana pihak yang diberi kuasa berbuat demikian oleh  pengetua.
1.1.5 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan atau dianggap  sebagai :
                   1.1.5.1 Mencemarkan nama baik sekolah 1.1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana  individu
                   1.1.5.3 Melakukan vandelisme terhadap, sama ada harta sekolah atau harta orang  perseorangan.         
                   1.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.  
                   1.1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau kakitangan  sekolah.
                   1.1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu.
                   1.1.5.7 Melakukan perbuatan menyeksa,mendera secara fizikal / mental atau mengugut  mana-mana individu.                         1.1.5.8 Penampilan yang tidak mencerminkan pelajar cemerlang (rohani dan jasmani)  
             
1.1.6 Setiap pelajar hendaklah mencapai kecemerlangan yang konsisten dan menghayati   budaya 2C2T(cekap,cepat,tegas                dan tepat).
1.1.7  Setiap pelajar hendaklah menyertai kegiatan yang dianjurkan oleh sekolah dalam bidang  akademik, kokurikulum                     dan   kerohanian.
1.1.8 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik dan imej sekolah dengan menunjukkan               prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,kokurikulum,sahsiah dan penampilan diri.
  1.1.9 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menghormati tetamu dengan memberi salam dan sedia                      membantu memberikan tunjuk arah apabila diperlukan.
1.1.10 Setiap pelajar tidak dibenarkan sama sekali keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.


1.1.11 Pelajar mesti peka tentang tarikh, masa dan tempat untuk semua aktiviti.
1.1.12 Sebarang surat menyurat / penyertaaan aktiviti dengan pihak luar mestilah melalui Pengetua.

1.2 Tatatertib di Pejabat, Bilik Guru dan Pejabat

1.2.1 Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
1.2.2 Hendaklah mengetuk pintu dan memberi salam terlebih dahulu.
1.2.3 Gunakan bahasa yang betul, jelas, ringkas dan bersopan.
1.2.4 Gunakan panggilan yang betul,contoh : Saudara,saudari,Encik,Puan,Cikgu.
1.2.5 Gunakan pakaian yang formal / sopan
1.2.6 Sentiasa mengucapkan terima kasih selepas sesuatu urusan.
1.2.7 Tidak membuat bising
1.2.8 Berurusan dengan pihak yang berkenaan sahaja.

1.3 Masa Persekolahan

1.3.1 Masa persekolahan Isnin – Khamis : 7.20 – 2.30 
          Kegiatan kokurikulum                      3.00 - 4.30 petang  Rabu ddan Khamis

1.4 Perhimpunan

1.4.1 Perhimpunan adalah wajib bagi semua pelajar.Kegagalan menghadiri perhimpunan dianggap satu kesalahan.

                          Masa : Isnin :             7.20 – 8.00 pagi (Perhimpunan Rasmi)
                          Selasa –Khamist :      7.20 – 7.30 pagi (Perhimpunan harian)
                          Jumaat                 :      Mengikut program mentor/menti /Tazkiroh


1.4.2 Pelajar dikehendaki masuk ke dewan dan beratur mengikut kelas masing-masing.
1.4.3 Kerusi guru hendaklah disusun di atas pentas oleh pelajar bertugas.
1.4.4 Pelajar dilarang meletak beg/buku di luar dewan.
1.4.5 Perhimpunan dijalankan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris bergilir-gilir.
1.4.6 Semua pengumuman / ceramah / laporan buku hendaklah dibuat dengan jelas, tepat, ringkas  dan berkesan.
1.4.7 Pelajar diwajibkan membawa buku catatan dan pen / pensil untuk membuat catatan.
1.4.8 Pelajar-pelajar mestilah memberikan tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan.
1.4.9 Pelajar-pelajar mestilah menghayati doa, ikrar dan lagu-lagu semasa perhimpunan.
1.4.10 Pelajar hendaklah keluar dewan dengan cara yang teratur, cepat dan senyap.
                                                       

Penampilan diri 

Pelajar lelaki

sedang di kemaskini



Pelajar perempuan.

1.5.1 Pakaian Sekolah

1.5.1.1 Kain sarung berwarna hijau  (sekolah menengah).Panjang melepasi 1 inci di bawah                     buku   lali dan tidak ketat.

1.5.1.2 Baju kurung putih, dan tidak ketat.
1.5.1.3 Tudung sekolah berwarna putih dan tepi tidak bercorak.
1.5.1.4 Kasut bertutup berwarna hitam dan ber tumit tidak melebihi 1 inci.
1.5.1.5 Stokin sekolah berwana hitam.
 1.5.1.6 Beg sekolah yang sesuai dan cukup besar untuk membawa semua buku yang dijadualkan dan              tidak berfesyen.
1.5.1.7 Pelajar hendaklah sentiasa memakai tandanama.
1.5.1.8 Pelajar dikehendaki memakai pakaian unit beruniform yang lengkap pada setiap hari Rabu. 1.5.1.9 Pelajar dikehendaki memakai pakaian sukan ketika menghadiri kelas Pendidikan Jasmani dan   memakai seluar trek berwarna hitam atau biru gelap dan berkasut sukan berwarna putih /hitam/biru gelap sahaja dan bukan berwarna cerah seperti hijau,oren,merah jambu dan ungu.


1.5.2  Baju kurung hendaklah berkancing walaupun bertudung
1.5.3 Semua pelajar hendaklah berpakaian lengkap,kemas bersih dan sopan.
1.5.4 Kuku hendaklah sentiasa pendek,bersih dan tidak diwarnakan dengan ‘cutex’
1.5.5 Pemakaian barang perhiasan seperti gelang tangan, rantai, cincin dan apa-apa barang perhiasan  yang setara adalah                 dilarang pada bila-bila masa.
1.5.6 Pelajar dimestikan memakai kain dalam dan ‘camisole’
1.5.7 Pakaian dalam yang berwarna warni dan bercorak tidak dibenarkan kecuali berwarna coklat,putih atau  warna kulit.
1.5.8 Pelajar dilarang memakai subang lebih daripada satu pada telinga dan subang hendaklah  bersaiz   kecil.
1.5.9 Pelajar dilarang menindik hidung dan anggota-anggota badan yang lain.
1.5.10 Pelajar dilarang bertatoo dan menyimpan rambut berekor serta berambut terlalu pendek sehingga menyerupai lelaki.
1.5.11 Semua pelajar dikehendakimemakai pakaian sukan sekolah untuk aktiviti sukan


1.6 Kehadiran 

1.6.1 Semua pelajar perlu menghadiri sebarang aktiviti 5 minit sebelum waktu:
          1.6.1.1 Hari persekolahan
          1.6.1.2 Kelas-kelas persediaan
          1.6.1.3 Waktu ujian bulanan / peperiksaan
          1.6.1.4 Aktiviti kokurikulum
          1.6.1.5 Solat berjemaah
          1.6.1.6 Aktiviti Pembangunan Insan
          1.6.1.7 Kelas tambahan / klinik
          1.6.1.8 Perhimpunan mingguan
          1.6.1.9 Kelas komputer

                                             
1.6.2 Pelajar tidak dibenarkan untuk ke luar negara bagi tujuan melancong atau menunaikan umrah  pada hari persekolahan.
1.6.3 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah mesti mempunyai kenyataan bertulis daripada ibu bapa atau           surat akuan                   doktor(sijil sakit).Sekiranya tidak hadir pelajar akan dianggap ponteng dan boleh    dikenakan tindakan sewajarnya.
1.6.4 Tindakan akan diambil keatas pelajar yang tidak hadir ke sekolah lebih daripada 3 hari     berturut- turut tanpa kenyataan atau 7 hari alam sebulan atau bila-bila masa melebihi 10 hari.

1.6.5 Surat peringatan penggantungan persekolahan akan dikeluarkan kepada pelajar yang tidak hadir   ke sekolah melebihi             20 hari tanpa kenyataan.Pelajar-pelajar akan digantung sekolah jika tidak hadir melebihi 40 hari tanpa kenyataan.
1.6.6 Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 60 hari tanpa kenyataan akan diberhentikan  sekolah.
1.6.7 Prosedur Mengeluarkan surat amaran : Bil Tidak hadir berturut-turut Tidak hadir tidak berturutturut 

         Tindakan 1 Pada hari ke-3 Pada hari ke - 10 Surat Amaran

           1 2 7 hari selepas amaran 1 10 hari selepas amaran 1 Surat amaran

          2 3 10 hari selepas amaran 2 20 hari selepas amaran 2 Surat amaran akhir 4 14 hari selepas amaran akhir 20 hari selepas amaran akhir Diberhentikan sekolah Jumlah 34 hari 60 hari

1.7 Ujian Bulanan / Peperiksaan

1.7.1 Kerusi dan meja pelajar disusun seperti dalam peperiksaan umum.
1.7.2 Meja pelajar dikosongkan dan bahagian laci menghadap ke hadapan, alat tulis sahaja diletakkan diatas meja. 1.8 Kerja          rumah
1.7.3 Segala bentuk carta atau maklumat pelajaran tidak boleh dipamerkan pada meja atau papan kenyataan kelas.
1.7.4 Pelajar hendaklah mengurus diri dan menyediakan alatan yang cukup sebelum peperiksaan / ujian bermula.
1.7.5 Pelajar tidak dibenarkan tidur atau meniru(sekiranya didapati meniru pelajar tidak dibenarkan meneruskan                               ujian/peperiksaan dan markah sifar dan dikenakan tindakan disiplin)
 1.7.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar semasa waktu peperiksaan / ujian kecuali dengan kebenaran. 1.7.7 Hanya seorang                   pelajar sahaja dibenarkan keluar pada satu masa untuk ke bilik air.
1.7.7 Pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan atas sebab peribadi seperti sakit,ponteng dan sebagainya tidak dibenarkan           mengambil peperiksaan pada waktu lain kecuali menjadikannya sebagai latihan dan markah tidak akan diambil kira.
                                      

1.8 Kerja rumah

1.8.1 Pelajar-pelajar diwajibkan melengkapkan kerja rumah yang diberikan.
1.8.2 Pelajar-pelajar dilarang membuat kerja rumah semasa pengajaran dan pembelajaran kecuali dengan arahan guru.
1.8.3 Pelajar-pelajar diwajibkan menghantar kerja rumah kepada guru tepat pada waktunya.

1.9 Keselamatan harta benda 

1.9.1 Harta benda sekolah : Setiap pelajar bertanggungjawab diatas harta benda sekolah
1.9.2 Harta benda sendiri : Harta milik peribadi adalah tanggungjawab pelajar sendiri.Pelajar tidak   dibenarkan menyimpan wang melebihi RM 30.00 pada satu masa.
1.9.3 Wang yang melebihi RM 30.00 hendaklah disimpan oleh guru mentor / guru tingkatan.

(Nota : Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kecuaian dan kehilangan harta milik peribadi)

1.10 Keceriaan / kebersihan Semua pelajar diwajibkan menjaga kebersihan dan keceriaan sekitar kawasan sekolah dan asrama termasuk :
                        a) Kelas
                        b) Tandas
                        c) Bilik-bilik Khas
                        e) Laluan
                        f) Taman-taman
                        g) Padang sekolah / gelanggang j)
                        f) Parit sekitar kawasan sekolah dan asrama
                        g) Kantin

1.11 Penjagaan dan penggunaan bilik darjah 

1.11.1 Hias dan ceriakan bilik darjah sepanjang masa
1.11.2 Kerusi dan meja hendaklah sentiasa tersusun
1.11.3 Lantai mestilah disapu setiap hari
1.11.4 Sampah-sampah hendaklah dibuang setiap hari
1.11.5 Perkara-perkara yang mesti ada di papan kenyataan bilik darjah:
             - Jadual waktu
             - Jadual tugas
             - Takwim sekolah
             - Kalender
             - Maklumat / jadual-jadual yang diedarkan dari semasa ke semasa
             - Peraturan sekolah dan bilik darjah
             - Inventori

1.11.6 Meja guru hendaklah sentiasa bersih dan dihias dengan rapi.
1.11.7 Papan kenyataan hendaklah dikemaskini
1.11.8 Papan putih mestilah dipadam setelah habis bagi setiap matapelajaran
1.11.9 Tidak dibenarkan duduk di kelas pada waktu rehat
1.11.10 Tidak dibenarkanmembawa makan di kelas pada waktu persekolahan dan rehat.
1.11.11 Alat-alat seperti penyapu dan bulu ayam hendaklah digantung
1.11.12 Tidak dibenarkan duduk di meja dan kerusi guru kecuali pengawas bertugas.
1.11.13 Lampu dan kipas hendaklah dipadamkan jika tiada penghuni
1.11.14 Langsir hendaklah terpasang dalam keadaan kemas
1.11.15 Pelajar yang hendak keluar dari kelas semasa P & P hendaklah memakai pas keluar
1.11.16 Tidak dibenarkan membuat bising semasa di dalam kelas.
1.11.17 Masuk ke kelas hendaklah tepat pada waktunya.
1.11.18 Pelajar tidak dibenarkan menampal gambar dan sebagainya di dinding kelas.
1.11.19 Semua maklumat yang hendak disampaikan di kelas mestilah menggunakan bahasa formal. 1.11.20 Denda akan dikenakan sekiranya kelas didapati dalam keadaan kotor / tidak kemas.


1.12 Penggunaan kantin 

1.12.1 Pada hari persekolahan pelajar dibenarkan ke kantin pada waktu rehat sahaja.
1.12.2 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan kantin dan persekitarannya.

            1.12.2.1    Menjaga kebersihan kerusi dan meja.
            1.12.2.2    Meletakkan pinggan / mangkuk / cawan / gelas / sudu / garfu ditempat yang  disediakan.
            1.12.2.3    Membuang sampah ke dalam tong sampah.

 1.13.   Setiap pelajar mestilah menjaga kesopanan semasa di kantin dengan :
             1.13.3.1Beratur semasa membeli makanan
             1.13.3.2 Duduk semasa makan / minum
             1.13.3.3Memesan makanan dengan menggunakan bahasa yang sopan.

1.14 Kawasan larangan 

1.14.1 Pejabat sekolah dan pejabat-pejabat guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.
1.14.2 Bilik makmal/bilik tayangan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik  Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan bilik profesional kecuali pada waktu  persekolahan   atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan.
1.14.3 Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan.
1.14.4 Dapur Asrama dan tangki air.
1.14.5 Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah.
1.14.6 Kawasan rumah Pengetua, Penolong Kanan, rumah guru dan rumah pekerja.
1.14.7 Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang    atau persatuan dan waktu kelas persediaan.
1.14.8 Pada waktu malam jika tiada kelas persediaan, pelajar mesti berada di kawasan asrama sahaja  kecuali dengan kebenaran.

1.15  Pemeriksaan Mengejut (Spot Check)
1.15.1 Pemeriksaan mengejut boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
1.15.2 Guru Disiplin,guru-guru , dan pengawas boleh melakukan pemeriksaan mengejut ke atas pelajar dengan memeriksa beg dan almari milik pelajar.
1.15.3 Guru-guru / warden boleh mengambil barang-barang yang merupakan barang yang dilarang dibawa ke sekolah / asrama.